• Yuyue Kintsugi

Kuiz lockdown: Suatu senja nan merah engkau 3 sekawan sedang bermain di luar rumah nenek kat kampung

Kuiz lockdown: Suatu senja nan merah engkau 3 sekawan sedang bermain di luar rumah nenek kat kampung time pkp ni... lepas tolong cuci bas atok kau, ko dan kawan ko si Munah dan Jojeng pi tengok keliling rumah kot ada buah yang dah boleh dijolok dan nak dimakan.


sambil dok menguis tanah tengok ada beberapa buah busuk dan hitam. imagine lah buah sebesar jambu batu tu. kuis punya kuis satu buah tak bergerak tetap berada kat tempatnya.


tiba tiba 'buah' tu bukak mata buntang merah menyala dan menyeringai menunjukkan taringnya dan cuba lolos keluar dari tanah yg dah menanam hampir seluruh tubuh keciknya.


dengan terpinga pinga dan hairan, tertanya, "apabenda ni?" binatang apa pulak yg dok tertanam tapi kepala atas tanah tak disedari selama ni?


binatang tu nampak macam monyet hitam pun ada, siamang pun ada, tupai pun ada, yang penting walaupun rupamu tidak kukenal,tetapi lubang hidungmu tetap menjadi tanda tanyaku


tengah dia masih mamai nak bangun dan mengeliat sikit sikit, tetiba dia menjerit AAA AAA AAA serupa itu monyet terpegang belacan. pernah dengar tak suara monyet macam tu?


dia bangunlah nak melompat kat korang, ko dengan bakat marathon yg lama tak digilap sejak pkp ni, terus terserlah. ko lah orang pertama dapat berlari bukak pintu rumah depan sambil jerit "Munah! Jojeng! lari! korang tunggu apa lagi?!!"


ko masih tunggu kat pintu menunggu kwn2 ko sampai, "apasal korang slow sangat ni, ya Allah.!"


si Munah sampai dulu dan masuk, si jojeng sampai juga tapi monyet tu dah bergayut kat kaki beliau sambil sedap mengigit betisnya yg berbulu macam ratah kepci. berdarah2 betis tu.


ko baru teringat ko pernah tergoogle monyet tu pembawa virus merbahaya yg boleh membawa maut. so, soalannya sekarang, apa ko nak buat nak selamatkan si jojeng dari cengkaman monyet haram jadah ppfftttt tu dan selamatkan seluruh isi rumah dari jangkitan virus tu?


jawapan paling best dan logik di akal akan menang hadiah misteri ... hah jawab, good luck. quiz terbuka kepada semua.


#kuizlockdown

#yuyuekintsugidotcom

5 views

©2019 Yuyue Kintsugi a Dawwal Creative Media